











MINI AQUARIUM
Aktiviti Kelab Lestari Alam pada hari ini (23 Julai 2025) ialah membuat Mini Aquarium daripada bahan kitar semula seperti botol plastik.
Seramai 40 orang murid Kelab Lestari Alam telah berjaya menghasilkan mini aquarium masing-masing dan membawa pulang ke rumah.
Tujuan aktiviti:
Meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kitar semula dan kelestarian.
Menggalakkan kreativiti murid-murid dalam menghasilkan karya dari bahan terpakai.
Memupuk nilai mencintai alam sekitar melalui aktiviti seni.