SEJARAH SEKOLAH

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH
ALAMAT: JALAN INDAH 19/5, TAMAN BUKIT INDAH, 79100 ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU
PROFIL SK TAMAN BUKIT INDAH:
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah diberi nama sempena pembukaan taman perumahan baru di kawasan barat Taman Perling dikenali sebagai Taman Bukit Indah. Terletak di persekitaran beberapa taman perumahan yang terdiri daripada Taman Perling (Jalan Layang dan Jalan Rawa), Taman Sutera, Taman Amira, Taman Baiduri, Taman Permata, Taman Uda Utama, Taman Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob, Bandar Taman Selesa Jaya, Taman Nusa Indah, Taman Nusa Idaman , Taman Nusa Sentral, Horizon Hills, Taman Serimbun, Kiara Hill, Kampung Teluk, Casa Amira dan di sebelah utara Taman Ungku Tun Aminah.
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah terletak di dalam Taman Bukit Indah. Jarak sekolah ke pusat bandar lebih kurang 14 kilometer. Sekolah-sekolah kebangsaan yang berdekatan terdiri daripada SK Taman Perling 3, SK Taman Perling, SK Taman Sutera, SK Taman Tun Aminah 2, SK sungai Danga dan yang terbaharu adalah SK Medini dan SJKT Taman Bukit Serampang. Manakala sekolah menengah pula terdiri daripada SMK Taman Bukit Indah, SMK Sri Perling, SMK Dato’ Usman Awang dan SMK Medini.
Sekolah ini telah dibina atas tapak PTD 92305 seluas 3.5 ekar oleh sebuah syarikat swasta iaitu SYARIKAT MUAR USAHA BAKTI SDN BHD. Reka bentuknya hasil ilham ARKITEK ABDUL LATIF BIN MOHD MUZAMMIL dan dibina berdasarkan konsep ‘Design and Build’. Kerja-kerja pembinaan sekolah telah dimulakan pada 29 Oktober 2000 dan dijangka siap pada 28 Oktober 2001. Sekolah ini mengandungi satu blok pentadbiran, dua blok akademik, satu blok kantin, satu pondok pengawal. Satu tempat letak basikal, satu tempat menunggu bas, satu rumah sampah dan disediakan juga lapan tempat meletak kenderaan guru. Padang sekolah agak kecil, hanya sesuai untuk aktiviti permainan kecil sahaja.
PEMBUKAAN SEKOLAH:
Sekolah Ini telah diserahkan secara rasminya kepada Jabatan Pendidikan Johor pada 20 Mac 2003.
SENARAI NAMA GURU BESAR SK TAMAN BUKIT INDAH:
1. MASTURA BINTI IDRIS : 2003 – 2009
2. MOHD ALI BIN SHUKOR : 2009 – 2012
3. ABD AZIZ BIN MAHMOD : 2013 – 2018
4. RASMAN BIN ABDUL KARIM : 2018 – 2022
5. ZULKIFLEE BIN MISWAN : 2022 – KINI